KUALA LUMPUR – Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) mengalu-alukan penubuhan parti baharu, Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) yang diasaskan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Presidennya, Datuk Paduka Dr. Ibrahim Ali berharap, Jabatan Pertubuhan Pendaftaran Malaysia (RoS) meluluskan secepat mungkin penubuhan parti itu yang akan memeriahkan lagi suasana politik Malaysia.
Kata beliau, Putra berlapang dada dan berfikiran terbuka dengan kehadiran satu lagi parti Melayu atas semangat mendokong demokrasi.
“Jika ada mana-mana pihak menuduh kewujudan parti Pejuang ini akan memecah-belahkan undi Melayu, saya menyangkal sama sekali.
“Walaupun dahulu, apabila Putra ditubuhkan selepas PRU-14 dan kita mendapat sijil 8 Mei 2019, kita dituduh memecah-belahkan politik Melayu, undi orang Melayu.
“Siapa yang menuduh, yang mengatakan demikian? Ia ialah Tun Dr. Mahathir tetapi apabila beliau menubuh parti baharu, kita berlapang dada.
“Kita tidak beri maklum balas, sebab kita hormat dia sebagai orang tua, kita hormat dia sebagai bekas pemimpin negara,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada MalaysiaGazette selepas mempengerusikan Mesyuarat Ahli Dewan Tertinggi Putra di Wisma Koperasi Telekom (Kotamas) di sini, hari ini.
Turut hadir, Timbalan Presiden Putra Malaysia, Tan Sri Khalid Yunus; Naib Presiden Putra, Datuk Hamidah Osman; Pengerusi Penyelaras Putra Sabah, Jeffrus Maimin Rijan; dan Ketua Wirawati Putra, Dr. Asmah Razalli.
Ibrahim berpendapat, lagi banyak parti politik, lagi banyak orang Melayu boleh membuat pilihan untuk menyertai mana-mana parti yang disukai.
Katanya, dalam konteks perpecahan politik undi Melayu, beliau tidak nampak ia sebagai satu isu kerana selama ini pun sudah berpedah dengan adanya parti Melayu seperti UMNO dan Pas.
“Selagi mana ada demokrasi, selagi itu ada parti politik yang akan bertambah. Itu hakikatnya dan sekarang pun sudah bermacam-macam parti bertambah.
“Pada Putra, kalau kita ambil kaedah pecah undi dari segi pilihan raya, tapi kalau bertanding dalam kawasan majoriti Melayu, yang bertanding itu semua parti Melayu, di mana yang dikatakan berpecah?
“Contohnya, Muafakat Nasional (MN), Pakatan Harapan (PH) dan Putra bertanding tiga penjuru atau empat penjuru. Semua yang bertanding ini adalah parti Melayu dan yang menangnya nanti adalah salah satu dari parti Melayu ini, jadi, mana yang pecahnya?” soal beliau.
Kata Ibrahim, yang dikatakan berpecah ialah sekiranya parti Melayu bertanding di kawasan marginal seperti undi melayu 55 hingga 60 peratus dan ada calon bukan Melayu bertanding.
“Sekiranya berlaku pertandingan di kawasan ini yang menyaksikan calon Melayu, Cina dan India, ini baharu dikatakan berlaku perpecahan. Putra mengambil ingatan bab ini.
“Oleh itu, Putra akan menentukan apabila bertanding pada PRU akan datang. Kita tidak akan menjadi faktor undi Melayu berpecah.
“Kita nak bagi peluang pada orang Melayu, umat Islam mempunyai banyak pilihan dan parti mereka mereka nak masuk. Yang menuduh lata parti Melayu berpecah ini adalah mereka yang takut kalah,” katanya. – MalaysiaGazette

















Mantap ini baru bèrani..tak takut
2×5 je
esok lusa da melingkop baru nak sedar,
payah betul yg jenis BODOH XBOLEH DIAJAR NIE!!
tp xpela,ramai yg da sedar sapa si saka tua tu yg sebenar,
ko pun org kenal sbb sembang jek beso
Hahaha .. Sel otak kalau dah tak berhubung memang tak boleh nak sangkal… Parti melayu banyak sangat tak ke berpuak2 melayu jadinya… Bak kato p.ramlee..dah tuo pun pun bodoh!!
Semakin bnyk parti brsasakn ‘melayu islm, semakin baik utk kaum melayu,.65 peratus penduduk melayu dimalysia, maka kongsikn dgn parti2 yg bnyk tu,..