KUALA LUMPUR – Rakyat Malaysia dipelawa menyertai Peraduan Aspirasi Merdeka Malaysiaku anjuran Kumpulan Syarikat Prolintas sempena sambutan hari kemerdekaan.

Peraduan ini akan berlangsung sehingga 31 Ogos ini.

Mereka yang berminat perlu merakam dan memuat naik video berdurasi 60 saat dengan mesej berkisarkan aspirasi kemerdekaan masing-masing.

Video haruslah dimuat naik menerusi platform peribadi Instagram atau Facebook yang telah disetkan kepada public mode berserta tanda pagar #MerdekaDenganPROLINTAS.

Untuk peraduan ini, Kumpulan Syarikat Prolintas menawarkan hadiah berbentuk iPad mini, iPhone SE dan wang tunai. – MalaysiaGazette