Mohd Razlan Rafii
Mohd Razlan Rafii

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa menyiasat pemimpin Pakatan Harapan (PH), khususnya bekas menteri, susulan pendedahan Menteri Kewangan mengenai pemberian projek secara rundingan terus kepada syarikat-syarikat dibawah pentadbiran parti itu.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Razlan Rafii berkata, pendedahan itu jelas bercanggah dengan prinsip yang diperjuangkan oleh parti tersebut yang menyatakan semua perolehan kerajaan dilakukan secara tender terbuka.

“Bagaimana mungkin hanya jangkamasa 22 bulan memerintah, Kerajaan PH boleh menilai projek-projek sebanyak 101 dilaksanakan dengan dengan secara telus, dengan masa yang singkat ini.

“Kerajaan PH telah memberikan tender terhad kepada syarikat yang berkepentingan dengan kerajaan PH, ini akan merugikan rakyat dan jelas telah merompak duit rakyat demi kepentingan Politik PH,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas pendedahan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz di Dewan Rakyat hari ini bahawa kerajaan PH yang memerintah selama 22 bulan telah meluluskan 101 projek atau perolehan kerajaan bernilai RM6.61 bilion secara rundingan terus.

Selain menyifatkan PH telah menipu rakyat, Mohd Razlan menggesa agar kerajaan Perikatan Nasional (PN) membatalkan kesemua tender-tender terhad yang telah diberikan kepada semua syarikat yang terlibat dengan pemberian projek secara rundingan terus oleh PH.

“Kerajaan PN kena berani mengambil tindakan ini sekira tidak mahu rakyat melihat PN bersengkonkol dengan Kerajaan PH di dalam pengagihan kekayaan negara secara tidak telus,” tambahnya.

Tengku Zafrul ketika mendedahkan perkara itu berkata, perolehan rundingan terus boleh dilaksanakan bagi keadaan tertentu dan menepati beberapa kriteria antaranya merangkumi perolehan bekalan perkhidmatan membabitkan keperluan mendesak yang berupaya memudaratkan atau menjejaskan kepentingan negara jika tidak dilaksanakan dengan segera.

Pendedahan itu dilakukan selepas Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan bangun mencelah ketika sesi penggulungan Rang Undang-Undang Langkah-Langkah Sementara Bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit Covid-19 2020) di Dewan Rakyat, hari ini. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. ph jangan ikut perangai umno kalau ingin sokongan rakyat. mungkin kali ini boleh dimaafkan kerana mahadir jadi pm. . masa akan datang ph wajib bersih dan telus. majlis preaiden mesti berkuasa melebihi pm. buat akta dalam parti. bila menang ubah pula dalam akta negara. masukan dalam perlembagaan malaysia

Comments are closed.