Tengku Zafrul Abdul Aziz

KUALA LUMPUR – Menteri Kewangan hari ini mengemukakan senarai 101 projek bernilai RM6.61 bilion yang diluluskan melalui proses rundingan terus (RT) semasa pentadbiran Kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Datuk Seri Tengku Zafrul Aziz berkata, senarai itu didedahkan atas dasar mendokong urus tadbir yang baik demi ketelusan pentadbiran kerajaan.

Berdasarkan senarai itu terdapat 20 kementerian yang melaksanakan RT.

Kementerian Air, Tanah Dan Sumber Asli paling banyak melaksanakan RT iaitu 13 diikuti Kementerian Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (12), Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri (9), Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani dan Kementerian Dalam Negeri, masing-masing 8.

Dari segi nilai terbanyak adalah Kementerian Pengangkutan berjumlah RM4.47 bilion meskipun hanya empat projek sahaja.

Projek-projek tersebut adalah seperti berikut:

Tengku Zafrul sekali lagi memaklumkan perolehan secara RT dibenarkan dengan kelulusan Kementerian Kewangan berdasarkan peruntukan sedia ada di bawah Seksyen 6(1) Akta Tatacara Kewangan 1957 (Semakan 1972) dan pekeliling-pekeliling perbendaharaan yang berkaitan.

Jelasnya, RT dibenarkan atas dasar proses perolehan yang memenuhi salah satu atau lebih daripada syarat-syarat berikut:

a. Perolehan bekalan dan perkhidmatan melibatkan keperluan mendesak yang mana jika perolehan tersebut tidak dilaksanakan dengan segera, ia boleh memudaratkan dan menjejaskan perkhidmatan serta kepentingan negara;
b. Keperluan penyeragaman bagi memastikan kesesuaian penggunaan (compatibility) antara barangan sedia ada dengan barangan baru yang diperoleh;
c. Satu punca bekalan atau perkhidmatan iaitu pengeluaran produk atau penyediaan perkhidmatan hanya boleh dibekalkan daripada satu sumber sahaja;
d. Keselamatan/ strategik yang melibatkan perolehan item atau perkhidmatan demi keselamatan atau kepentingan strategik negara; atau
e. Kontrak dengan syarikat pembuat (manufacturer) Bumiputera yang memenuhi semua syarat kelayakan.

Katanya, proses itu melibatkan permohonan daripada kementerian-kementerian lain kepada Kementerian Kewangan.

Sebelum itu, pada sidang Dewan Rakyat baru-baru ini Tengku Zafrul mendedahkan mengenai RT yang dilakukan oleh kerajaan PH sehingga menjadi kontroversi.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Dedahkan, rakyat berhak tahu – Permintaan Tun M kepada Zafrul

7 Komen

  1. Betul perbelanjaan negara

    Kenapa menteri meracau?

    Inilah kekusutan PN

    takut tak tak takut
    Rakyat dah tau
    Pengkhianat dan petualang P BN PAS UMNO BERSATU

  2. Pada si pengkomen kat sini yang baca tajuk utama dan komen terus tanpa baca isi dan fakta..kalau ko punya windows rosak, ko panggil Linux, Mac atau Microsoft? Ko call Microsoft kan. itu kira rundingan terus la…ada setengah alat hanya boleh diganti oleh satu syarikat saja. Ko orang kena perhati sidang parlimen dan buka otak sikit. komen fesbuk najib memang syok dibaca tapi cerita dia dongeng kat makahmah.

  3. Sedara sham..paham isu ke tak?..ini pasal direct nego..PH janji ritu xmau buat direct nego..sbb kononnya menjurus kpd rasuah

  4. Dilihat dari senarai projek ada keperluan mendesak dan ada yg tidak. Oleh sebeb kiasa di tangan Menteri Kewangan sewajarnya SPRM melihat jika ada elemen² salah guna kuasa dalam penganugerahan RT kepada kontraktor²

  5. Direct Nego bro…bukan tender terbuka…bukan ke manifesto PH nak hapus kan direct nego? sape yg melalak skrg ni bro? Janji sendiri pun mungkiri. Buat macai2 buta kayu, sila lah komen pasal statement AP Muar pasal plan PH susahkan rakyat 2 tahun potong mcm2 then baru la nak lepaskan bantuan 3 tahun sebelum PRU. da macam dajal lak

Comments are closed.