Dr. Mahathir Mohamad.

KUALA LUMPUR- Bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad meminta Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz mendedahkan butiran terperinci mengenai 101 projek yang dikatakan telah diperolehi secara rundingan terus.

Tegasnya, projek rundingan terus adalah dibenarkan namun pendedahan Zafrul di Dewan Rakyat semalam seolah-olah perkara tersebut adalah satu kesalahan.

“Rakyat berhak mendapat maklumat penuh tentang siapa yang mendapat projek berkenaan, projek yang mana, di mana projek tersebut serta berapa nilainya.

“(Ianya perlu didedahkan) supaya rakyat tahu siapakah yang mendapatkan nikmat istimewa ini,” katanya dalam satu klip video yang disiarkan melalui platform media sosialnya hari ini.

Semasa membentangkan sesi penggulungan Rang Undang-Undang Langkah-Langkah Sementara Bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit Koronavirus 2019) di Dewan Rakyat, Zafrul mendedahkan terdapat 101 projek atau perolehan kerajaan bernilai RM6.61 bilion telah diluluskan kerajaan Pakatan Harapan selama 22 bulan pemerintahannya.

Walaupun Zafrul memberi penjelasan bahawa perolehan rundingan terus boleh dilaksanakan bagi keadaan tertentu dan menepati beberapa kriteria namun pendedahan tersebut telah menimbulkan ketegangan dalam kalangan penyokong dan pembangkang ketika sesi berkenaan.

Susulan itu, beberapa laporan juga telah dibuat oleh badan-badan bukan kerajaan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia bagi menyiasat perkara tersebut.

Antaranya merangkumi perolehan bekalan perkhidmatan membabitkan keperluan mendesak yang berupaya memudaratkan atau menjejaskan kepentingan negara jika tidak dilaksanakan dengan segera. – MalaysiaGazette

 

8 Komen

  1. Kimak hanat jilake punya tua terkutuk Hatok Der ni, dlm sidang Parlimen takut senyap lari dari soal-jawab. Dajjal ni takut dengan kebenaran dan hanya tahu cakap sorang-sorang dalam fbnya saje tunjuk macam masih waras.

  2. Apa dedah dedah. Kes ini perlu di siasat segera tak boleh dedah. Rahsia. Tunggu hasil siasatan san pendakwaan sahaja. Kau punya kroni kan.

  3. Dah cakap kena lah ada bukti.
    Tun, lge pun dah cabar minta disenaraikan.
    Yg pasti bukan projek solar..
    Bini x pm pun ada kepentingan.
    Menteri dikementerian bersangkutan sampai minta rm 60 juta.
    Jangan jadi lempar fitnah sembunyi dosa kering.
    Sebut kerajaan PH.
    PM kerajaan tebuk atap skrg ini pun bekas menteri PH.
    Yg dulu pegang KDN yg sudah pasti banyak projek anugerah dibawah kementeriannya.
    Begitu juga azmin, zuraida & menteri2 pengkhianat.

    Ini ada tangan2 gaib dari rakan2 politik dalam kerajaan pengkhianat ini.

    Bila ketua penyamun dah disabitkan kesalahan.

    Sudah pasti geng2 penyamun akan cari lubang utk tutup aib nya.

  4. Kenapa dulu anak madey dapat konsesi balak di sarawak dia tak dedahkan? Sendiri keluarga dan kroni dah songlap tahap gelaban boleh pula muka tebal tuduh orang lain. Perangai setan ni tak akan ubah sampai bila2.

  5. Isunya ialah ko janji masa PRU akan hapuskan direct nego..tapi ko pembohong! Ko buat juga..samalah mcm ko janji tak ada lantikan politik dlm GLC..tapi bila menang, ko lantik juga..ko ni mmg celaka lah org tua kaki kencing!

  6. Sudah lah abdul Arif muluk.. kalau sesama Melayu kau gelar tebuk atap bagai. tp kalau bangsa lain yg ko sokong buat, kau kata strategi lah, bijaksana lah, cerdik mcm kancil lah.. dasar melayu tak sedar diri sendiri pun melayu.

Comments are closed.