Datuk Seri Mukhriz Mahathir bercakap kepada media selepas Program Sepetang Bersama Tun Dr. Mahathir Mohamad sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) N.58 Slim di Pusat Bandar FELDA Gunung Besout 3, Slim River, Perak. - foto FAREEZ FADZIL, 27 OGOS 2020

SLIM RIVER – Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengesahkan anak dan menantu ditahan kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di sebuah kelab malam dan dibawa ke balai polis baru-baru ini.

Bekas Menteri Besar Kedah itu berkata, insiden itu amat mengecewakannya kerana beliau sudah berpesan kepada ahli keluarga untuk menjadi contoh terbaik kepada masyarakat.

Bakal Presiden Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) itu bagaimanapun bersyukur kerana anak dan menantunya mendapat pengajaran apabila telah dikenakan kompaun dan pasangan itu suami isteri itu telah membayarnya.

“Saya sudah pesan kepada semua ahli keluarga musim PKP jangan langgar dan tunjuk contoh yang baik.

“Memanglah rasa kecewa apa yang berlaku dan kerana sudah beri teguran dan memang patut mereka kena kompaun.

“Saya rasa tiada kesan dan mengena dengan PRK (Pilihan Raya Kecil Slim) kerana banyak lagi isu dan penahanan itu tiada kaitan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas majlis Sepetang Bersama Tun Dr Mahathir Mohamad di Felda Besout 3 di sini hari ini.

Turut hadir memberi ceramah Mahathir yang juga bakal Pengerusi Pejuang.

Beliau diminta mengulas kenyataan Polis Diraja Malaysia yang mengesahkan seorang anak kenamaan atau VIP ditahan kerana melanggar PKPP di sebuah kelab malam di Jalan Rahim Kajai 14, Taman Tun Dr Ismail di sini.

Penahanan itu dilakukan pada 22 Ogos lalu, kira-kira jam 1.20 pagi melalui satu operasi diadakan pihak polis.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim, berkata mengesahkan penahanan itu sekali gus membuktikan pihak polis tidak mengamalkan ‘double standard’.

Artikel berkaitan: Polis sahkan tahan anak VIP mabuk, dikompaun RM1,000 langgar PKPP

Mengulas lanjut, Mukhriz memuji pihak polis yang bertindak adil dan saksama ketika PKPP ini.

“Bersyukur dan terima kepada polis KL kerana ambil tindakan adil dan saksama dalam PKPP.

“Memang benar anak dan menantu ditahan dan dibawa ke balai kerana curfew.

“Menurut kenyataan yang dikeluarkan polis, ikut undang-undang dikenakan kompaun RM1,000 dan semua ditahan sudah bayar.

“Tiada unsur pengurang dari segi kompoun, kalau bagi diskaun silap-silap saya dan Tun Mahathir pergi minta ihsan dan campur tangan,”
katanya. – MalaysiaGazette

5 Komen

  1. Ade lg ke org islam yg mabuk2 ni.zaman moden maklumat agama hujung jari je.taubatla wahai saudara ku jangan ikut org2 kafir

  2. langgar PKP kena kompaun $1000 jer..tak kena dakwa kat mahkamah? ni tak adil..double standard..rakyat kena bayar beribu..cucu atok denda ciput jer??

  3. Mabuk laki-bini anakberanak keturunan tiga calit dahi Ni rupanya, seharusnya menunjukkan kelakuan yang baik setelah Malaysia memberi taraf kerakyatan tetap kepada bapak hatoknya serta siap tukar keturunan lagi. JENIS KUTTY memang tidak berubah… automatic…

Comments are closed.