KUALA LUMPUR – Gesaan Ketua Armada Nasional Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Senator Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal supaya sekolah vernakular dimansuhkan secara berperingkat sebenarnya tidak lebih daripada pandangan peribadi sahaja.

Kata Ahli Parlimen bukan bumiputera yang menyertai Bersatu, Datuk Seri Dr Edmund Santhara kepada MalaysiaGazette, kenyataan Ahmad Fayhsal itu bukan hasil keputusan keputusan Majlis Tertinggi Bersatu.

Sebaliknya kata Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan itu, beliau berpendapat itu hanya pandangan peribadi dan tidak pastinya mencerminkan apa yang benar-benar dimahukan oleh parti Bersatu.

“Saya di fahamkan itu hanya pandangan peribadi Senator Ahmad Fayhsal. Ini bukan hasil keputusan Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM. Jika anda tanya saya, saya akan katakan saya bersetuju dengan Menteri Perpaduan, Datuk Halimah Sadique sebenarnya.

“Selain itu, saya ingin maklumkan di sini Menteri Pendidikan Malaysia sedang dalam proses membantu saya untuk menukar status SJKT Ladang Sg Muar ke status Sekolah Bantuan Penuh (SBP) dari status Sekolah Bantuan Modal.

“Baru-baru ini kerajaan telah mewartakan tapak baharu untuk SJKT Sg Muar di kawasan berhampiran Taman Yayasan, Segamat. Malah ianya juga akan mendapat peruntukan dari kerajaan.

“Juga untuk pengetahuan semua kerajaan ketika ini juga sedang membina gelanggang futsal di SJKT Batu Anam dengan peruntukkan sebanyak RM 150,000 dan bakal di siapkan sekitar Oktober tahun ini,” katanya sebentar tadi.

Sambung Santhara yang juga bekas Timbalan Setiausaha Agung PKR itu, sebagai wakil rakyat di Segamat, beliau sebenarnya berpeluang melakukan pelbagai inisiatif di kawasannya kerana adanya sokongan kerajaan.

“Ada yang dalam perancangan, ada juga isu-isu tidak selesai juga kini dalam pemerhatian. Juga ada sudah selesai. Kerajaan hakikatnya sedang memberi fokus besar kepada penambah baikkan serta transformasi pendidikan ini

“Kerajaan juga telah memberikan peruntukan untuk memasang pengawa dingin di semua kelas dari darjah 1 hingga ke darjah 6 di semua 6 Sekolah (SJKT) di Parlimen Segamat.

“Malah dana sebanyak RM 1.25 juta telah diperuntuk untuk tujuan naik taraf padang SJKT Ladang Nagapa di Jementah, Segamat  sekali dengan Astaka serta kemudahan lain-lain.

“Semua SJKT di Parlimen Segamat selain dari berhawa dingin kelas abad ke 21 telah pun dilaksankan dalam semua sekolah termasuklah Panaboard moden di tiga SJKT serta tiga lagi akan dilaksanakan pada tahun 2021.

“Semua SJKT telah diberikan dengan bilik komputer yg moden termasuk SJKT Ldg Gomali dan SJKT Ldg Senarut,” terangnya.

Jelas Santhara tidak mungkin semua ini dapat dilakukan tanpa komitmen daripada tinggi kerajaan pada masa sama.

Sekolah vernakular perlu dimansuhkan secara berperingkat – ARMADA

Sebelum ini Ahmad Fayhsal berpendirian Armada kekal dengan pendirian sekolah vernakular wajar dimansuhkan secara berperingkat.

Ahmad Fayhsal  berkata, perlu ada usaha untuk memastikan hal itu menjadi keutamaan agenda nasional bukannya digunakan sebagai bahan politik tidak kira di blok kerajaan mahupun pembangkang untuk sekadar meraih undi.

Manakala Halimah pula pada sesi perbahasan di Parlimen bertegas pendapat ARMADA tidak mencerminkan citra nasional bagi menjayakan integrasi kaum di negara ini. –MalaysiaGazette