KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menyampaikan perutusan khas Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) malam ini.
Beliau akan bersiaran langsung menerusi RTM, Bernama TV, TV3 dan Astro Awani pada jam 8 malam.
Sebelum ini, pada 7 Jun lalu, beliau mengumumkan berita yang agak melegakan rakyat Malaysia, yang ketika itu menjalani kehidupan dalam pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Namun, atas pandangan dan nasihat Kementerian Kesihatan serta Majlis Keselamatan Negara (MKN), PKPB diganti dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bermula 10 Jun hingga 31 Ogos ini.
Malam ini, Muhyiddin akan mengumumkan sama ada tempoh PKPP berakhir pada tengah malam Isnin ini atau dilanjutkan dengan fasa baharu. – MalaysiaGazette
















