ANKARA – Turki memintas enam pesawat pejuang, F-16 milik Greece yang terbang menghampiri Mediterranean Timur yang mana negara itu telah mengeluarakan amaran maritim, Navtex, kata Kementerian Partahanan Turki.

Kelmarin, sistem radar tentera udara Turki mengesan enam pesawat F-16 berlepas dari Pulau Crete, Greece menuju ke selatan Cyprus, kata kementerian itu dalam satu kenyataan.

Pesawat pejuang, F-16 milik Turki menghampiri kawasan tersebut yang mana amaran Nartex dikelaurkan terhadap kawasan barat daya Pulau Cyprus itu dan mengusir jet terbabit selepas mendapati ia kepunyaan Greece, tambahnya.

Pada 27 Ogos lalu, amaran Navtex mengumumkan lanjutan kedua bertempoh empat hari kepada kapal yang menjalankan kajian seismik untuk penerokaan tenaga, MTA Oruç Reis, di Mediterranean Timur yang mana pada 23 Ogos lalu Turki membuat pengumuman pertama kali untuk melakukan kajian di rantau itu.

Navtex atau Navigational Telex adalah sistem komunikasi maritim yang membenarkan kapal memaklumkan kepada kapal lain menegnai kehadiran mereka di sesuatu kawasan selain memberi maklumat lain.

Pada awal bulan ini, Turki meneruskan penerokaan tenaga di Mediterranean Timur selepas Greece dan Mesir memeterai parjanjian maritim terhad yang mencetuskan kontroversi.

Greece dan negara lain cuba menghadkan wilayah maritim Turki dan hak penerokaan tenaganya, walaupun tiada negara yang mempunyai pantai yang lebih panjang daripadanya di Mediterranean.

Turki menolak usaha Greece untuk mengisytiharkan zon ekonomi eksklusif yang besar yang disifatkan mencabul kepentingan Turki.

Ankara juga berkata, sumber tenaga berhampiran Pulau Cyprus perlu dikongsi secara saksama antara Turki dengan Cyprus Utara Republik Turki (TRNC) yang telah mengeluarkan lesen syarikat minyak kebangsaan Turki, Turkey Petroleum dan pentadbiran Cyprus Selatan. – Malaysiagazette