KUALA LUMPUR – Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengingatkan pemimpin politik, terutama Pas supaya tidak mengeluarkan kenyataan yang melampau hingga boleh memecah-belahkan masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

Ketua Menteri Sabah itu berkata, kenyataan bersifatkan perkauman bukan langkah yang harus dilakukan jika hendak melihat negara ini maju ke hadapan.

“Saya ingin mengingatkan pemimpin politik terutama Pas agar tidak mengeluarkan kenyataan yang melampau hingga boleh memecah-belahkan masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

“Jika rakyat tidak belajar apa yang berlaku di Amerika Syarikat dan Timur Tengah yang mempunyai amalan perkauman yang tebal serta ektremisme agama, maka perpaduan dan kemakmuran tidak akan dapat dikecapi,” kata Presiden Parti Warisan (Warisan) Sabah menerusi posting Facebooknya, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Ahli Parlimen Pasir Puteh, Nik Muhammad Zawawi Salleh ketika berbahas di Dewan Rakyat mendakwa kitab Injil yang digunakan masyarakat Kristian di negara ini telah terpesong.

Kenyataan itu menimbulkan kemarahan penganut Kristian termasuk pemimpin gereja seluruh negara yang mendesak beliau untuk memohon maaf.

Menurut Mohd Shafie, kenyataan yang melampau tidak seharusnya dikeluarkan kerana tidak mendatangkan kebaikan kepada masa depan generasi masa depan.

Katanya, pemimpin tidak boleh hanya bergantung kepada landasan politik semata-mata kerana itu boleh menghancurkan perpaduan kaum yang ada.

“Untuk mengekalkan perpaduan, kita perlu bersatu dalam membina negara dan bangsa. Jangan ada keterlaluan dan kesempitan.

“Jangan disebabkan ingin berkuasa dan inginkan sesuatu, kita ketepikan keharmonian yang ada pada hari ini.

“Kita perlu pelihara perpaduan hari ini demi kepentingan generasi akan datang. Sekiranya kita tunjukkan contoh yang buruk, itu akan mendatangkan bahaya kepada kita,” katanya.

Beliau berkata, seandainya kaum dan agama menjadi pegangan tanpa batasan tanpa memikirkan kepentingan nyawa manusia, pembunuhan pasti akan berlaku kerana wujud ektremisme dalam kalangan masyarakat. – MalaysiaGazette

6 Komen

  1. Kerajaan Sabah Sarawak harus ‘mengharamkan puak2 extremis mulut biadap islamist semenanjung spt pemimpin Pas taliban ini dripda memasuki sabh sarwk…jika puak ini ada telur sgt’ pemimpin parti anda dicabar utk ulangi ‘penghinaan trhadp kristen ini dan gunakn isu penutupan industri arak,haramkn bible bhasa melayu dan haramkn kalimh allah di Sabah dlm ceramh2 kempen anda di Sabah nanti..nak lihat bagimna parti2 pribumi sabah yg diterajui oleh org ‘kafir’ laknattulah konfirm masuk neraka yg ‘sekapal’ dgn PN spt PBS,PBRS,STAR dan SAPP ini samada puak pemimpin KDM kristen ini ‘ada telor’ nak ‘buka mulut’ atau tdk..

  2. Aku rasa warisan taknpyh nk hnvur kn agama sendiri lh, semata2 nk dpt kuasa…ingat agama rasmi persekuan adalah islam, so agama lain blh di amalkn tetapi dgn hak, bukan bebas sesuka hati..apa yg di katakn olh ahli parlimen pasir putih, betul n benar, asalnya agama injel adlah bnar, tapi si pesongkn oleh pelampau2 agama pd masa dahulu, so tak pyh nk jadi hero lh parti warisan, semata2 maukn kuasa..undah2 lh rakyat sabah akn tolak ko warisan dlm prn nnti..tggu dn lihat shaja..parti warisan bakal berkubur nnti..tggu dn lihat shja.

  3. Bila ugama islam dihina oleh bangsa2 kafir ini aku tak pernah dengar shafie ne berbunyi,bila org islam sesekali bantai kapir beria2 pulak dipertahankannye,apa nak jadi lah,pttlah duduk dlm PH

  4. Hampir hancur Sabah dibawahnya? Ada hati nak jadi PM? Inilah gara2 bila nafsu menguasai jiwa!

    BTW Pas adalah parti pelbagai kaum dan perlembagaan negara membenarkanya!

  5. Aduka kirana Ni geng RBA . X payah la kau nak tunjuk hebat sangat. Kalo bukan Islam buat Cara bukan Islam. Dah macam2 puak bukan Islam hina Islam tapi Bila kena sikit mulala nak melompat macam kera.

  6. Apa punya bangang la Pie ni… Mmg diakui kitab injil ada byk versi pun. Ahli parlimen Pasir Putih bercakap dasar kajian beliau dan mereka yg lain²nya yg membuat kajian tersebut. Beliau bercakap atas dasar kebenaran yg sepatutnya hang tu pie sebagai org islam mesti pertahankan.
    Demi politik haprak hang, hang cuba nk menafikan apa yg sarjana² dan ulamak² islam bagitau.
    PAS dah ujud diSabah dan dinegara ini sebelum warisan ditubuhkan lagi. Apa hang bangang sgt..

Comments are closed.