Omicron Malaysia South African student South Africa Delta variant of concern VOC (Picture for representational purposes only) Healthcare worker Nik Zulia Asma Mohd Zaki conducting tests on the samples obtained during Covid-19 screening at the Kuala Lumpur Hospital. PIX: HAZROL ZAINAL / MalaysiaGazette / 21 MAY 2020. Delta variant of concern VOC Adham Baba infection rate viral load
(Picture for representational purposes only) Healthcare worker Nik Zulia Asma Mohd Zaki conducting tests on the samples obtained during Covid-19 screening at the Kuala Lumpur Hospital. PIX: HAZROL ZAINAL / MalaysiaGazette / 21 MAY 2020.

KUALA LUMPUR – Sebanyak enam kes positif baharu Covid-19 direkodkan hari ini manakala enam kes pulih dilaporkan menjadikan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan virus itu kekal pada 159 kes.

Berikutan itu jumlah kumulatif kes positif Covid-19 adalah sebanyak 9,340 kes manakala umlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah sebanyak 9,054 kes  atau 96.9 peratus daripada jumlah keseluruhan kes

Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata,  daripada enam kes baharu yang dilaporkan, empat adalah kes import yang telah mendapat jangkitan di Singapura iaitu dua warganegara Malaysia dan dua bukan warganegara.

“Empat kes import ini telah dilaporkan di negeri Selangor manakala dua kes penularan dalam negara pula melibatkan warga tempatan dari negeri Kedah iaitu satu kes daripada Kluster Tawar dan satu kes daripada Kluster Telaga.

“Sehingga kini, terdapat enam kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU),yang mana empat kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Noor Hisham memberitahu, kes kematian direkodkan, kes ke-127, yang membabitkan salah satu kes positif dalam Kluster Tawar di Kedah yang dilaporkan pada 13 Ogos lalu.

“Kes kematian ke-127 (kes ke-9124) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 62 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis dan darah tinggi.

“Beliau mula mengalami gejala batuk sejak 11 Ogos lalu dan telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah untuk rawatan lanjut pada 13 Ogos lalu setelah didapati positif Covid-19.

“Bagaimanapun keadaan kesihatan beliau semakin merosot dan memerlukan bantuan pernafasan sejak 19 Ogos lalu sebelum disahkan meninggal dunia pada 30 Ogos 2020, jam 10.35 malam,” katanya. – MalaysiaGazette