KUALA LUMPUR – Kementerian berkaitan undang-undang dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang meneliti keperluan untuk meningkatkan kompaun pelanggaran Prosedur Operasi Standard (SOP).

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri berkata, kerajaan perlu meminda Akta Tafsiran 1948/1967 selain Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) sekiranya mahu meningkatkan jumlah kompaun.

“Ramai yang berbagai pandangan kalau boleh dinaikkan sampai RM10,000. Walaubagaimanapun ianya melibatkan Akta 342 dalam akta ini kerajaan tidak ada pilihan iaitu maksimum RM1,000.

“Jadi kita sedang membuat kajian kerana ia melibatkan akta lain. Kita serahkan menteri undang-undang meneliti perkara ini berbincang dengan KKM kalau perlu ditingkatkan, akta perlu dipinda,” katanya pada sidang media hari ini.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin baru-baru ini menyokong cadangan KKM untuk menaikkan kadar kompaun ke atas mereka yang ingkar Akta 342.

Malah kata beliau, sekurang-kurangnya kompaun dinaikkan sehingga dua atau tiga kali ganda daripada kadar sekarang iaitu RM1,000. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. orang banyak duit boleh lah. rakyat nak cekau 1000 pun dah sangat susah. menteri dan orang kerajaan ada gaji bulan ok lah. rakyat bukan semua jutawan.

Comments are closed.