Petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tekun melakukan kerja-kerja pengambilan sampel Covid-19. Gambar hiasan

TAWAU – Semua individu terlibat dalam perlawanan bola sepak di Padang Penjara Tawau dan Padang Stadium Majlis Perbandaran Tawau (MPT) baru-baru ini yang masih belum melakukan ujian Covid-19 perlu segera berbuat demikian.

Pegawai Kesihatan Kawasan Tawau Dr G. Navindran berkata, setakat tengah hari ini, kira-kira 100 individu hadir ke pusat saringan Covid-19 di Klinik Kesihatan Tawau di Kubota di sini hari ini untuk ujian Covid-19 selepas diarahkan berbuat demikian semalam.

“Saringan diambil sejak 8 pagi tadi dan pusat saringan dibuka sehingga 5 petang, individu yang terlibat berada di padang itu perlu tampil membuat saringan COVID-19,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Semalam, Pejabat Kesihatan Kawasan Tawau mengeluarkan notis meminta agar semua pemain, penonton dan yang terlibat dalam pertandingan bola sepak sembilan sebelah pada 28, 29 Ogos dan 2 Sept di Padang Penjara Tawau serta 30 dan 31 Ogos di Padang Stadium MPT di sini, menjalani ujian Covid-19.

Notis itu turut menyarankan individu yang terlibat dan mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi 019-6053475 atau 016-4729314.

Gesaan supaya mereka tampil membuat saringan kesihatan itu susulan pengesanan kes baharu melibatkan seorang pengadil perlawanan bola sepak itu, yang juga merupakan pegawai di Penjara Tawau,  didapati positif Covid-19 semalam. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast