Khalid Abdul Samad

SHAH ALAM – Parti Amanah Negara (Amanah) akan turun ke Sabah membantu gerak kerja parti Warisan dan parti gabungan Pakatan Harapan (PH) menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 26 September ini.

Menurut Pengarah Komunikasinya, Khalid Abd. Samad, Amanah dengan persetujuan Presidennya, Mohamad Sabu bersetuju melantik Timbalannya, Salehuddin Ayub sebagai Pengerusi Jawatankuasa Khas PRN Sabah.

“Sepertimana diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), penamaan calon ditetapkan pada 12 September ini.

“Oleh itu, kami akan bersama mengusahakan agar Warisan dan parti PH yang bertanding akan mendapat kejayaan cemerlang dalam PRN ini,” katanya.

Sementara itu, kata Khalid, Jawatankuasa Nasional Amanah yang bermesyuarat semalam, telah meluluskan permohonan seramai 2,298 ahli baharu sepanjang Ogos lalu.

Jelas beliau, jumlah itu antara yang tertinggi bagi tempoh sebulan.

“Ia adalah tambahan kepada permohonan ulama dan ilmuan terkenal, Profesor Dr. Mohamad Kamil Abdul Majid dan rakan yang memohon menyertai Amanah pada 5 September lalu,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. Tak payah lah susah susah nak turun ke Sabah. Kami tau urus negeri kami. Lagi pun kami ada BN dan UMNO.

Comments are closed.