Dr. Ibrahim Ali

SHAH ALAM – Datuk Paduka Ibrahim Ali memberitahu, tujuan beliau memfailkan saman terhadap syarikat yang menyebabkan air Sungai Gong tercemar adalah untuk memberi pengajaran dan kesedaran kepada rakyat.

Beliau yang merupakan plaintif pertama dari 16 yang mengemukakan saman itu menyatakan, rakyat sebagai pengguna yang membayar bil setiap bulan, perlu bangkit menuntut hak mereka.

“Tindakan yang saya ambil sebagai seorang individu dari 17 plaintif ini terhadap syarikat Yip Chee Seng & Sons Sdn. Bhd kerana kecuaiannya membuang bahan pelarut dalam sungai menyebabkan berlaku bekalan air terputus.

“Oleh itu, saman ini sebagai pengajaran dan untuk memberi kesedaran kepada pengguna serta rakyat bahawa kita ada hak bangkit menuntut hak kita. Sebab kita bayar bil air tiap bulan, bererti kita mempunyai hak.

“Selain menyaman syarikat ini, saya sendiri juga sedang mengkaji dan akan berbincang dengan peguam serta merujuk dengan pakar undang-undang mengenai tanggungjawab dan peranan agensi penguatkuasaan,” katanya pada sidang media di lobi Mahkamah Tinggi Shah Alam, petang ini.

Menurut Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) itu, beliau sudah naik jemu dan cemuh dengan keadaan negara sekarang ini, kononnya Malaysia negara maju, tetapi maju dalam kegilaan.

Ujarnya, banyak perkara yang tidak sepatutnya berlaku telah berlaku.

“Contohnya, semalam Menteri Besar Selangor mendakwa Jabatan Peguam Negara tidak mengambil tindakan ke atas kes kilang itu, selepas itu, Peguam Negara pula hari ini tampil menafikan.

“Sedangkan ini dia institusi tinggi. Seorang Menteri Besar, seorang lagi Peguam Negara. Tetapi mereka boleh bercanggah dalam perkara seumpama ini.

“Beginikah cara kita mentadbir negara? Ini yang saya katakan kegilaan,” tegas beliau.

Beliau menyatakan, kilang itu telah beroperasi secara haram sejak tahun 2014 lagi dan selama enam tahun tidak ada sebarang tindakan diambil.

Namun, selepas berlaku tragedi baharulah pihak penguatkuasaan mengambil tindakan dan mengenakan denda sebanyak RM60,000 kepada syarikat itu beberapa bulan lalu.

Katanya, ada beratus kilang haram seumpama itu beroperasi di Selangor, selain akiviti judi dan pusat hiburan haram.

“Apa nak jadi dengan negara kita ini? Inilah yang dikatakan indah khabar dari rupa. Indah khabarnya, Malaysia negara hebat, membangun, tetapi dalam negara ini dari segi pelaksanaan undang-undang amat memalukan,” katanya.

Ibrahim percaya semua itu berlaku disebabkan ketirisan dan beliau tidak mahu membuat tuduhan, tapi yakin apabila berlaku ketirisan, di situlah berlakunya rasuah. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Apa yg aaya perhatikn..tntg ‘negara Malaysia’ ..(mslaysia tdk dimerdekakan’)..masyarakt melayu semakin lama semakin ‘ hilang pedoman..hilang” keyakinan diri”..senantiasa dlm ‘kecurigaan”..Tidak selesa dgn kaum lain”..jika ada ‘ bangsa cina’ tak fasih menyebutkn perkataan ..” terburu buru”..)..akan dikatatkn ‘tidsk layak tinggal doi malaysia..kerana sepatutnya TerBURu2..bukannya Terbulu bulu..

Comments are closed.