Musa Aman

PUTRAJAYA – Permohonan bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman dan 32 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah untuk menggantung keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu berhubung pembubaran DUN di negeri itu ditolak sebulat suara oleh Mahkamah Rayuan hari ini.

Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Abdul Karim Abdul Jalil sebulat suara dengan dua lagi hakim, Datuk Abu Bakar Jais dan Datuk Supang Lian memutuskan untuk mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu pada 21 Ogos lalu.

Kata beliau ketika membacakan keputusan tersebut, pihaknya tidak mahu mencampuri keputusan yang telah di buat oleh Mahkamah Tinggi sebelum ini.

Ini juga bermakna Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang di jadual pada 26 September oleh Suruhanjaya Pilihan Raya akan berjalan seperti yang dijadualkan.

Pada 21 Ogos lalu, Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu, menolak permohonan 33 ADUN berkenaan mendapatkan kebenaran bagi memulakan semakan kehakiman bagi mencabar keputusan membubarkan DUN Sabah.

Pesuruhjaya Kehakiman Leonard David Shim membuat keputusan itu selepas mendapati Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (responden kedua) bertindak mengikut Perlembagaan Sabah dalam memohon Juhar membubarkan DUN.

Dalam permohonan itu, Juhar dinamakan sebagai responden pertama manakala Kerajaan Negeri Sabah sebagai responden keempat.

Berita lanjut menyusul. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Sepatutnya YDP Negeri Sabah kena letak jawatan kerana gagal buat keputusan ikut perlembagaan. SPRM patut siasat perkara ini.

Comments are closed.