Mohd. Shafie Apdal, Semporna, Parlimen, calon
Mohd Shafie Apdal

KUALA LUMPUR – Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal memberi jaminan peruntukan biasiswa kepada anak negeri itu dan penjawat awam akan ditambah serta ditingkatkan pada masa akan datang.

Katanya, janji itu adalah sebahagian daripada perancangan yang sedang dilakukan oleh kerajaan sementara dalam memastikan pembangunan modal insan di Sabah terus dipertingkatkan.

Jelas beliau, sambutan terhadap biasiswa kerajaan negeri begitu baik kerana ramai yang hendak meningkatkan ilmu pengetahuan, tetapi ibu bapa tiada keupayaan.

“Setakat ini, sambutan amat menggalakkan dan saya tahu kewangan kita akan ditambah baik. Jadi, dalam belanjawan akan datang, kita akan tambah peruntukan untuk bolehkan biasiswa ini diberikan kepada anak-anak yang layak.

“Untuk biasiswa, kita telah sediakan RM50 juta, dengan RM30 juta untuk perkhidmatan awam dan selebihnya untuk pelajar,” katanya menerusi hantara Facebook beliau semalam.

Mohd Shafie yang juga Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) berkata, karnival kerjaya yang berlangsung semalam, dapat menyediakan kira-kira 1,600 peluang pekerjaan.

Kata beliau, jumlah itu pastinya dapat mengurangkan penggangguran dalam kalangan anak muda di Sabah melalui padanan pekerjaan.

Menurutnya, usaha dilakukan Kementerian Pelajaran dan Inovasi menerusi Jabatan Tenaga Kerja dan Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM) itu akan membantu meningkatkan lagi peluang anak muda mendapatkan pekerjaan.

Di samping menyediakan peluang pekerjaan, kata beliau, kerajaan negeri juga menggalakkan anak muda menjadi usahawan melalui penglibatan graduan dalam sektor pertanian dan perikanan serta Industri Kecil dan Sederhana (IKS).

“Tahun ini sahaja, saya telah menyediakan peruntukan RM137 juta bagi pinjaman usahawan. Melalui pinjaman mikro kredit yang ada, di mana kadar faedahnya sifar dan pinjaman IKS pula kadar faedahnya di bawah tiga peratus.

“Ini antara usaha galakkan mereka sebagai usahawan, tetapi kita juga bantu dengan menyediakan sedikit bantuan kepada mereka,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

Comments are closed.