Friday, April 19, 2024
Home Politik Osman sedang disiasat – Hamzah

Osman sedang disiasat – Hamzah

Datuk Osman Sapian
KUALA LUMPUR – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengesahkan sedang menjalankan siasatan ke atas bekas Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian berhubung isu hadir ke acara yang dianjurkan Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) baru-baru ini.
Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, kepastian perlu diperolehi mengikut perlembagaan terlebih dahulu sebelum tindakan diambil terhadap pemimpin Bersatu itu.
“Memang kita ada terima aduan, tetapi sama juga seperti sebelum ini, kita kena dapatkan kepastian. Apabila sudah ada kepastian, kita akan ambil tindakan ikut perlembagaan.
“Buat masa ini kita masih siasat,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Sambutan Ulangtahun ke-4 Bersatu di sini malam tadi.
Hamzah menambah, pemecatan ahli dari parti hanya boleh dibuat selepas mendapat bukti yang kukuh dan mencukupi.
“Semua yang kita pecat sebelum ini, tidak dipecat begitu sahaja sebaliknya kita perhatikan dan kumpulkan maklumat serta bukti.
“Semua maklumat itu kita rekodkan dan apabila semua sudah terbukti, barulah tindakan diambil,” katanya.
Minggu lalu, tular sebuah video yang memaparkan kehadiran Osman yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Kempas dalam kempen calon Bebas, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi mewakili Pejuang bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Slim. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Haiya.. ini osman sapien ini aarr.. bukan ala bagus pon lahh. Kasi bau busuk bersatu sahaje. Semase dahulu jadi menteli busat, manyak teluk. Sikalag tak jd menteli busat pun sama teluk.

Comments are closed.