Ronaldo menjaringkan gol ke-100 bersama pasukan Portugal dalam perlawanan Liga Kebangsaan bertemu Sweden semalam,

LONDON – Cristiano Ronaldo mencipta sejarah sebagai pemain pertama di Eropah yang berjaya menjaringkan 100 gol di peringkat antarabangsa.

Kapten pasukan Portugal itu mencipta rekod itu ketika menentang Sweden dalam aksi Liga Kebangsaan malam tadi.

Bintang Juventus itu menjaringkan gol menerusi sepakan percuma sebelum permainan berhenti rehat.

Gol kedua perlawanannya menyusul pada minit ke-74 bagi membolehkan Portugal menang 2-0 ke atas lawannya itu.

Ronaldo hanya memerlukan lapan gol lagi untuk mencipta rekod dunia sebagai penjaring terbanyak.

Ketika ini pemain Iran, Ali Daei yang membuat penampilan pada 1993 hingga 2006 memegang rekod dunia dengan 109 gol. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast