KUALA LUMPUR – Pelajar kontroversi, Vevenoah Mosibin disahkan telah menduduki peperiksaan akhir di Universiti Malaysia Sabah (UMS).
Itu kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri Karanaan yang juga bekas menteri di Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun.
“Setelah mendapat penjelasan terperinci daripada Pengarah Pusat Asasi Sains UMS, saya mengesahkan pelajar Asasi Sains, Veveonah Mosibin telah menduduki peperiksaan akhir (online) pada 9-12 Jun 2020,” ujarnya yang juga Timbalan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Sabah dalam ciapan di Twitternya malam ini.
Malah menurut Masidi, Veveonah seorang pelajar cemerlang dan akan meneruskan kursus ijazah Sains Marin di UMS.
Veveonah sebelum ini menjadi tular apabila menyiarkan dirinya terpaksa memanjat pokok bagi mendapatkan liputan internet bagi mengambil peperiksaan secara online.- MalaysiaGazette
















