Tan Sri Annuar Musa
Tan Sri Annuar Musa

PUTRAJAYA – Badan pengurusan air akan diwujudkan di Wilayah Persekutuan bagi memastikan tiada gangguan bekalan air berlaku di ibu negara, kata Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa.

Beliau berkata, cadangan penubuhan badan itu sudah dibawa ke mesyuarat Kabinet semalam dan kajian kini dilaksanakan Kementerian Wilayah Persekutuan.

“Saya fikir kita tidak harus selamanya bergantung kepada pengurusan air di Selangor. Untuk jangka panjang, (Wilayah Persekutuan) perlu ada pengurusan air sendiri,” katanya selepas menghadiri program Bubur Asyura di Surau An-Najah semalam.

Beliau berkata, pelbagai manfaat akan diperolehi jika Wilayah Persekutuan mempunyai badan pengurusan air sendiri.

“Dengan adanya badan ini, kami boleh menguruskan konsesi air sendiri, malah membeli air mentah atau memproses air kerana di Wilayah Persekutuan (ada) banyak sumber air seperti tasik dan sungai,” katanya.- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.