Presiden Parti Solidariti Tanahairku (STAR) Sabah, Datuk Dr. Jeffrey G. Kitingan bercakap kepada media selepas Majlis Perjumpaan Perdana Menteri bersama Pimpinan Parti Sabah di Magellan Sutera Hotel, Kota Kinabalu, Sabah. foto HAZROL ZAINAL, 11 SEPTEMBER 2020.

KOTA KINABALU РPresiden  Solidariti Tanah Airku (STAR), Datuk Jeffrey Kitingan menafikan spekulasi parti itu akan keluar daripada Perikatan Nasional (PN) selepas diperuntukkan hanya lapan kerusi untuk dipertandingkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Jeffrey berkata, beliau sedia maklum bahawa STAR yang bekerjasama dengan PN telah  menerima keputusan itu dan  saling bantu membantu antara satu sama lain.

“Itu spekulasi. Sebab kita sudah ada perbincangan, sudah berunding.

“Memang kita tidak seratus peratus puas hati sebab tidak dapat sejumlah kerusi yang kita ingin tapi kita juga faham kita dalam satu kumpulan dan kita kena akur kepada keputusan dan bekerjasama sebagai satu pasukan,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan bersama pemimpin parti politik Sabah dengan Pengerusi PN Tan, Sri Muhyiddin Yassin hari ini.

Sumber memaklumkan MalaysiaGazette semalam bahawa STAR akan mengambil tindakan drastik meninggalkan PN selepas tidak berpuas hati apabila diberi hanya lapan kerusi meskipun sebelum ini berhasrat bertanding di 15 Dewan Undangan Negeri pada PRN yang akan diadakan pada 26 September ini. – MalaysiaGazette