Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah selalunya menjanjikan drama dan pastinya lebih banyak kejutan demi kejutan dijangka berlaku.

Pada PRN kani ini sebanyak  73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), termasuk 13 kerusi baharu, dipertandingkan.

Terdapat kemungkinan berlaku pertandingan pelbagai penjuru di antara UMNO, Warisan, PKR, PCS, Bersatu, USNO, Parti Kesedaran Rakyat, PBS dan STAR.

SABAH KINI

UMNO memberi gambaran mereka memberi opsyen calon muda untuk rakyat Sabah. Tetapi hakikatnya propaganda calon muda ini mungkin satu taktik politik untuk melindungi kemelut politik di sebalik tabir di antara kartel Tan Sri Musa Aman dan kartel Pengerusi baru UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar.

Calon muda ini dipilih bukan kerana faktor kewibawaan tetapi kerana mereka tidak lagi berpuak.

Di sebelah Warisan pula, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menyarankan supaya politik Sabah terhad kepada parti di Borneo Utara sahaja.

Ia bukan sahaja dilihat sebagai ulang tayang propaganda Warisan ketika hadapi Pilihan Raya Umum (PRU-14).

Walaupun melaungkan #sabahanuntuksabahan ketika itu, kemenangan Warisan dan pelantikan Shafie sebagai Ketua Menteri hanya menyaksikan Sabah mencatat pertumbuhan ekonomi paling rendah untuk tempoh dua tahun.

Pada masa sama kedaulatan Sabah dicabar oleh Filipina dan beberapa orang kanan Shafie berdepan tuduhan rasuah di Mahkamah.

Persoalan timbul adakah Warisan mencari kuasa kali ini untuk kepentingan peribadi mereka dan bukan untuk rakyat Sabah sepertimana yang terjadi sebelum ini.

Persepsi segelintir rakyat ketika ini adalah hanya Shafie sahaja dibebaskan daripada didakwa.

STAR yang menyertai Perikatan Nasional (PN) secara rasmi telah mengugut untuk keluar daripada pakatan tersebut sekiranya tidak diberi bilangan kerusi antara 15 hingga 18 kerusi tetapi akhirnya mungkin beralah dengan hanya beberapa kerusi sahaja.

Walaupun PBS adalah sebahagian daripada PN, kesetiaan mereka di Sabah tidak dapat dipastikan kerana parti itu telah mengumumkan bahawa mereka akan menggunakan logo sendiri semasa PRN ini.

Lebih mengejutkan PBS sedang membuat pertimbangan untuk bertanding di 30 kerusi.

Parti-parti daripada Semanjung pula di jangka membawa agenda politik peribadi mereka ke Sabah.

Antara persoalan bermain di fikiran rakyat di negeri ini adakah benar DAP berjuang untuk Lim Guan Eng yang didakwa di mahkamah, PKR pula ada hutang khianat untuk dilangsaikan dengan Warisan  selepas pencalonan Shafie selaku bakal Perdana Menteri Pakatan Harapan dilihat mencabar bos PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun Warisan hanya memberi PKR tujuh kerusi berbanding dengan 14 yang diminta oleh Anwar Ibrahim sendiri ketika pertemuan beliau dengan Shafie minggu ini.

MASA DEPAN SABAH

Sabah tidak perlukan kerajaan persekutuan untuk melaksanakan janji MA63. Apa yang Sabah perlukan adalah kestabilan politik yang tidak dirasai mereka semenjak 1994.

Pada 1994, politik Sabah yang luar biasa menyaksikan dasar Barisan Nasional (BN) menyebabkan jawatan Ketua Menteri digilirkan antara parti-parti komponennya setiap dua tahun tidak kira mana satu parti yang berkuasa pada sesuatu masa.

Sehingga kini kemajuan Sabah terbantut kerana ketidakstabilan politik ini.

Sekiranya MA63 adalah punca Sabah tidak maju kenapa pula Sarawak boleh maju dan tidak hadapi masalah infrastruktur yang asas seperti Sabah hari ini?

TAKDIR SABAH

Sabah dihidangkan satu pilihan reealitik kali ini iaitu Parti Cinta Sabah (PCS) sekiranya idamkan kestabilan politik..

Tidak pernah sebelum ini mereka ditawarkan pilihan Ketua Menteri berpengalaman antarabangsa seperti Datuk Seri Anifah Aman, sememangnya urusan diplomatik termasuk isu tuntutan Filipina serta isu ekonomi dan membawa masuk pelaburan.

Ramai penganalisis politik tidak mengambil serius PCS kerana parti itu hanya mampu meraih jumlah undi popular sebanyak satu peratus pada PRU-14.

Tetapi kali ini dibawah Anifah, PCS bakal bertanding di 73 DUN.

Bagi Anifah, jika hendak membela nasib rakyat Sabah tidak perlulah untuk meletakkan calon di kerusi yang boleh memang sahaja, sebaliknya perlu bertanding di semua kawasan.

PRN Sabah penentu PRU-15

Macam-macam berlaku boleh berlaku pada PRN ini dan apa yang bemain di fikiran ialah siapa yang akan memimpin Sabah selepas ini.

Seperti kata penganalisis politik daripada Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Dr Ahmad Martadha Mohamed berkata, jika PN dan BN menang pada PRN Sabah, PRU15 dijangka diadakan seawal Januari 2021.

PRN ini juga di katakan bakal memberi gambaran awal PRU-15, gabungan manakah yang bekerjasama dengan baik dan siapakah yang menikam rakan sendiri. – MalaysiaGazette