Najib Razak.

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak hari ini memaklumkan beliau berada di Kalabakan, Sabah.

”Mana member yang suka report tu? Haaa. Saya kat Kalabakan ni.

”Sila jalankan tugas jadi murid kesayangan. Report ye. Najib kat Kalabakan.,” katanya dengan cukup sinis.

Najib membuat sindiran itu selepas tular video Presiden Parti Warisan Sabah, Mohd Shafie Apdal yang menghubungi Tun Dr Mahathir Mohamad memaklumkan Najib akan berkempen di Tawau.

Turut bersama Shafie ketika itu adalah Presiden Parti Amanah Negara, Mohamad Sabu.

Perbualan antara Shafie dan Dr Mahathir menjelang hari penamaan calon di Semporna. – MalaysiaGazette

7 Komen

  1. Pak jib…shafie kata warisan parti tempatan bukan dari semenanjung..tapi boleh tlong tanya dia ke pak jib..tlong tanya dia semua ahli parti warisan tu orang tempatan dari sabah ke?

Comments are closed.