MIT

KUALA LUMPUR- Kerajaan akan memulakan siasatan terhadap keluaran dan jubin lantai serta dinding yang diimport ke Malaysia bermula hari ini.

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dalam satu kenyataan berkata, terdapat cukup bukti kemudaratan yang serius akibat peningkatan import produk-produk berkenaan.

“Selaras dengan Akta Pelindung 2006 dan Peraturan yang berkaitan, suatu penentuan awal akan dibuat dalam tempoh 120 hari daripada tarikh permulaan siasatan.

“Sekiranya penentuan awal didapati afirmatif, maka Kerajaan akan mengenakan duti pelindung sementara mengikut kadar yang ditetapkan bagi mengurangkan kesan kemudaratan yang serius terhadap industri dalam negeri,” tegasnya.

Sehubungan itu, MITI akan mengedarkan borang soal selidik kepada pihak berkepentingan seperti pengimport, pengeluar asing, pengeksport dan persatuan-persatuan.

Pihak berkepentingan yang lain boleh mendapatkan borang soal selidik tersebut dengan memohon kepada MITI selewat-lewatnya pada 28 September 2020.

Pihak berkepentingan juga katanya, boleh memberi pandangan dan bukti tambahan bagi menyokong siasatan ini sebelum 13
Oktober 2020.

Sekiranya tiada respon atau maklumat tambahan diterima dalam tempoh yang ditetapkan, pihak Kerajaan boleh membuat penentuan awal berdasarkan fakta-fakta yang sedia ada.

Permohonan bagi borang soal selidik dan sebarang maklumat lanjut mengenai penyiasatan ini boleh didapati dengan menghubungi:

Pengarah
Seksyen Amalan Perdagangan
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI)
Aras 9, Menara MITI
No. 7 , Jalan Sultan Haji Ahmad Shah
50480 Kuala Lumpur.

No. Telefon : (603) 6208 4632/ 4660/ 4639/ 4647
No. Faksimile : (603) 6211 4429
E-mel : [email protected]
-MalaysiaGazette