Everton membuktikan keupayaannya apabial berjaya menyingkirkan skuad Jose Mourinho dalam aksi pembukaan Liga Perdana Inggeris malam tadi.

LONDON – Gol tunggal hasil tandukan kencang tunggal Dominic Lewin berjaya membantu Everton membuka langkah kanan aksi pembukaan Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila menyingkirkan skuad Tottenham Hotspur malam tadi.

Lewin berjaya menanduk masuk bola hasil sepakan percuma bertenaga Lucas Dignes untuk menewaskan Toffees kendalian Jose Mourinho.

Dalam aksi penuh dramatik itu, penjaga gol Everton Jordan Pickford mempamerkan aksi memberangsangkan, menafikan segala percubaan penyerang Spurs yang buntu mencari gol penyamaan.

Namun aksi luar biasa di bahagian tengah oleh pemain baharu dari Real Madrid, James Rodriguez membantu skuad kendalian Carlos Ancelotti mengesahkan kemenangan penting itu.

Kepakaran mengawal bahagian tengah padang oleh Rodriguez bersama Everton mengajar skuad Spurs tentang kekurangan dalam skuad mereka dalam aksi semalam.

Skuad Mourinho bergelut untuk menyusun serangan dan mencari gol selepas jentera tengah Toffees bijak mematahkan setiap serangan lawan.

Rodriguez membuktikan kehadiran di Everton bermakna apabila berjaya mencipta lima peluang gol kepada rakan sepasukannya di gawang pertahanan Spurs.

Spurs boleh dikatakan bernasib baik kerana sekadar kalah tipis setelah Everton berpeluang menambah lima hingga enam jaringan dalam aksi malam tadi.-MalaysiaGazette