Ursula von der Leyen. foto Agensi

BRUSSELS (Reuters) – Kesatuan Eropah perlu mengetuai reformasi institusi dunia seperti Pertubuhan Perdagangan Sedunia dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia, kata ketuanya, Ursula von der Leyen.

Ursula memberitahu pembuat-pembuat dasar EU, terdapat keperluan untuk menyegarkan semula dan melakukan reformasi ke atas sistem multilateral.

“Sistem global kita semakin lumpuh.

“Kuasa-kuasa besar pula sama ada mula menarik diri daripada institusi-institusi berkenaan atau menjadikan institusi-institusi tersebut sebagai tebusan demi kepentingan sendiri.

“Ya, kita mahukan perubahan tetapi perubahan melalui ciptaan dan bukannya kemusnahan,” katanya semasa menyampaikan ucapan di Parlimen Eropah di Brussel hari ini.- MalaysiaGazette