KUALA LUMPUR – Agensi hartanah, Transasia Property Consultancy Sdn. Bhd. membuka peluang kerjaya pasca Covid 19 dalam bidang berkenaan bagi membantu golongan yang hilang pekerjaan akibat pandemik itu.

Ketua Agensinya, Muhamad Rais Yeop Johari berkata, pengambilan itu adalah usaha bagi membantu mereka yang hilang punca pendapatan dan ingin menerokai bidang baharu dalam hartanah di negara ini.

“Pada suku ketiga tahun ini dan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) adalah masa terbaik untuk golongan ini mendapat pekerjaan.

“Sasaran dalam tempoh PKPP ini bagi membantu usaha kerajaan untuk bersama-sama menggerakkan ekonomi domestik dalam bidang ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ujar Rais, mereka yang terpilih akan diberi latihan dan kursus bagi memahami dunia baharu yang bakal diceburi.

“Ini adalah salah satu alternatif dan usaha kami memberi peluang kepada mereka yang tiada perkerjaan dalam mensejahterakan ekonomi negara,” ujarnya.

Jelas Muhamad Rais, sesi taklimat kerjaya itu dibuat di dua lokasi iaitu di sini dan di Seremban, Negeri Sembilan pada 3 dan 17 Oktober depan.

Mereka yang berminat boleh melayari Facebook Page: Transasia Property Consultancy Sdn. Bhd. Kuala Lumpur dan menghantar e-mel [email protected] atau hubungi di 03-7732 2660, 012.26999053 & 017.4198264.