Polis Diraja Malaysia (PDRM) memindahkan seorang jurulatih sebuah pusat latihan polis untuk menjalankan tugas am pejabat selepas dia didakwa mengeluarkan kenyataan jelik terhadap pelatih wanita.- Gambar hiasan.

ALOR GAJAH – Satu mayat ditemukan dalam sebuah beg hitam dalam kereta jenis Honda Civic Ferio yang terbakar di hadapan sebuah bengkel di Kawasan Perindustrian Ringan di Kuala Ina, Pulau Sebang di sini, hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka ACP Mohd Nor Yhazid Idris berkata mayat tanpa identiti itu dijumpai pihak Bomba dan Penyelamat dari balai Tampin di bahagian tempat duduk penumpang belakang kereta tersebut, selepas berjaya memadam kebakaran kereta itu, pada 7.25 pagi tadi.

“Beg berisi mayat itu ditemui anggota bomba selepas membuat pemeriksaan ke atas kenderaan terbabit sebelum melaporkan pada pihak polis,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Mohd Nor Yhazid berkata kereta itu dilaporkan rosak di Hentian Rawat dan Rehat Jejantas Ayer Keroh kira-kira 4 petang, semalam sebelum pemilik bengkel itu dan pekerjanya dipanggil seorang suspek lelaki yang juga pemandu kereta itu untuk menundanya ke bengkel.

Katanya, kenderaan itu kemudian, diletakkan di hadapan bengkel berkenaan dan kerja pembaikan belum sempat dilakukan kerana suspek tidak membayar kos menarik kereta.

Mohd Nor Yhazid berkata siasatan awal mendapati pekerja bengkel berkenaan menyedari adanya beg hitam di dalam kenderaan itu namun tidak mengesyaki apar-apa.

Mayat dibawa ke Hospital Alor Gajah untuk dibedah siasat dan siasatan masih berjalan bagi mengenal pasti motif kejadian dan identiti mangsa.

— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast