Infantino dan Trump bertemu di White House membincangkan mengenai Piala Dunia 2026.

WASHINGTON – Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa, Gianni Infantino mengadakan pertemuan dengan Presiden Donald Trump untuk membincangkan penganjuran Piala Dunia 2026.

Piala Dunia 2026 akan dianjurkan Amerika Syarikat (AS) bersama Mexico dan Kanada dengan tema United 26.

Bidaan kolaborasi AS, Mexico dan Kanada menang dengan 134 undi.

Infantino melawat pejabat Jabatan Keadilan AS (DOJ) dan merakamkan penghargaan kepada pihak berkuasa berkenaan berhubung siasatan dan pendakwaan membabitkan rasuah dalam dunia bola sepak.

Infantino dan Trump difahamkan berbincang mengenai penubuhan ibu pejabat FIFA di AS, selain persiapan menjelang temasya itu.

“Sejak saya dipilih sebagai Presiden FIFA, saya sangat komited untuk mencegah sebarang salah laku yang memburukkan nama FIFA.

“Kami juga menyatakan pendirian tegas untuk bekerjasama dan membantu pihak berkuasa dalam siasatan dan pendakwaan berhubung rasuah dalam dunia bola sepak,” kata Infantino. – MalaysiaGazette