Dr. Asyraf Wajdi Dusuki

KOTA KINABALU – Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki yakin rakyat Malaysia faham dan menguasai Bahasa Melayu dengan baik selepas lebih 63 tahun negara ini mencapai kemerdekaan.

Berikutan itu, katanya, hujah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mahu menyebarkan mesej secara meluas dan meningkatkan keyakinan dan menyebarkan pengetahuan kaum lain suruhanjaya itu tidak wajar digunakan.

“Saya rasa tidak boleh terima (alasan nak memberi kefahaman dalam menyampaikan maklumat kepada kaum lain) kerana kita seolah-olah merendahkan rakyat kita yang selepas 63 tahun saya percaya Bahasa Melayu sudah menjadi bahasa semua

“Kalau tidak, saya kira baik kita buat portal untuk semua bahasa,” katanya kepada pemberita yang bersama-sama Presiden BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam Program Ziarah dan melawat  Pusat Daerah Mengundi (PDM) Likas Darat dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Darau hari ini.

Turut hadir Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan, dan calon BN DUN Darau Datuk Jumat Idris.

Artikel berkaitan:SPRM lancar portal bahasa Mandarin

Terjemahan untuk bahasa Mandarin sahaja ke, bagaimana dengan etnik lain? – Armada

Portal bahasa Mandarin: Kenapa orang Cina sentiasa diberi pilihan?

Tegas Asyraf, beliau tidak bersifat rasis terhadap kaum lain sebaliknya, isu ini berkaitan dengan Akta Bahasa Kebangsaan yang memerlukan penggunaan bahasa Melayu dalam urusan rasmi.

Malah katanya, bahasa Melayu sepatutnya diutamakan dalam pelbagai acara dan tujuan rasmi kerana ia merupakan medium penyatuan rakyat.

“Kita tidak menafikan bahasa-bahasa lain tapi dalam konteks Akta Bahasa Kebangsaan bahawa sebarang urusan rasmi mestilah menggunakan bahasa kebangsaan, ini lebih utama

“Kita bukan bercakap tentang rasis, tidak ada masalah kerana kita Malaysia masyarakatnya majmuk..jadi tidak ada masalah menggunakan bahasa Melayu kerana bahasa ini bahasa penyatuan rakyat,” tambahnya.

Justeru beliau berharap agar SPRM bertindak pantas menarik balik portal berbahasa Mandarin itu.

Terdahulu, dalam kenyataan awalnya, Asyraf berkata, pihaknya memandang serius perkara itu kerana ia dianggap merendahkan kedudukan bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Asyraf menambah, adalah tidak wajar setelah 63 tahun merdeka, SPRM semacam bergerak le belakang dan mengandaikan masih ramai tidak faham bahasa Melayu sehingga terpaksa bertindak memperkenalkan portal berbahasa Mandarin. –  MalaysiaGazette

3 Komen

  1. SPRM bukan merendahkan tetapi menghina status Bahasa Melayu sbg Bahasa Kebangsaan dan menghina perlembagaan Persekutuan. Sbg agensi kuat kuasa undang2 kejahilan KP Pengarah SPRM dlm hal perlembagaan amat memalukan.

  2. Pelik !!! Kenapa sprm tidak berbincang dengan kementerian2 yg ada hubung kait sebelum melaksanakan nya. ‍♂️

  3. Kegagalan sekolah cina atau selain sekolah kebangsaan memastikan semua pelajarnya tahu Bahasa Malaysia. Wujudkan undang2 kewarganegaraan untuk memastikan setiap warganegara Malaysia tahu berbahasa Malaysia, tahu bertutur Bahasa Malaysia..

Comments are closed.