Kelihatan pekerja premis makanan mula mengemas untuk menutup kedai selepas Majlis Perbandaran Tawau mengeluarkan notis perubahan dan menghadkan masa operasi kedai makan serta restoran bermula 6 pagi hingga 6 petang berkuatkuasa pada 21 September bagi membendung penularan pandemik Covid-19 di Sekitar Bandar Tawau, Sabah. foto 21 SEPTEMBER 2020.

TAWAU – Semua kedai makan dan restoran mengikut arahan daripada Majlis Perbandaran Tawau (MPT) supaya memberhentikan operasi masing-masing pukul enam petang ekoran penularan Covid-19.

Tinjauan MalaysiaGazette mendapati semua pekerja kedai makan dan restoran telah mengemaskan premis mereka dan memberhentikan operasi sebagaimana diarahkan pihak berkuasa.

Hari ini, MPT mengeluarkan arahan menerusi notis makluman perubahan atau mengehadkan masa operasi premis perniagaan.

“Berdasarkan Surat Pekeliling daripada Setiausaha Tetap Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Bil.3 / September 2020 Bertarikh 21 September 2020 dan Selaras Dengan Keputusan Mesyuarat Sabah Pusat Komando Covid-19 pada 20 September 2020.

“Maka, dengan ini dimaklumkan bahawa masa operasi bagi semua kedai makan dan restoran adalah dihadkan bermula pukul 6 pagi hingga 6 petang sahaja,” demikian menurut notis itu.

Kelihatan pekerja premis makanan sedang mencuci cermin untuk menutup kedai selepas Majlis Perbandaran Tawau mengeluarkan notis perubahan dan menghadkan masa operasi kedai makan serta restoran bermula 6 pagi hingga 6 petang berkuatkuasa pada 21 September bagi membendung penularan pandemik Covid-19 di Sekitar Bandar Tawau, Sabah. foto 21 SEPTEMBER 2020.

Bagaimanapun, aktiviti makan dalam restoran adalah dibenarkan.

“Pelaksanaan perubahan masa operasi ini berkuatkuasa serta merta sehingga dimaklumkan kelak,” kata MPT.

Setakat hari ini, Tawau mencatatkan 426 kes positif Covid-19 dikesan di daerah ini. – MalaysiaGazette