Ketua Badan Pimpinan Bersatu Negeri Sabah yang juga calon Perikatan Nasional (PN) N.12 Sulaman, Datuk Hajiji Noor (tengah) menunjukkan kebolehan membuat roti canai pada Program Perjumpaan Bersama Ketua Pimpinan Badan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sempena kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16 Sabah di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kampung Kindu, Tuaran, Sabah. foto HAZROL ZAINAL, 19 SEPTEMBER 2020.

TUARAN- Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah yakin Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dapat menawan kerusi-kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi oleh Parti Warisan Sabah (Warisan) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di negeri itu.   

Malah Datuk Seri Hajiji Noor berkata, GRS yang terdiri daripada Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) juga dijangka dapat mempertahankan kawasan-kawasan yang telah dimenangi dahulu.

Beliau berkata, ini berdasarkan angin perubahan daripada segi sambutan dan sokongan yang diterima oleh GBS terutama PN di kawasan-kawasan yang dahulunya kubu kuat Warisan.

“Insya Allah, kita akan menubuhkan kerajaan selepas PRN kerana kita dapat lihat  sambutan yang diterima di kawasan-kawasan tertentu yang dahulunya dimenangi oleh Warisan begitu memberangsangkan, kita dapat rasakan banyak perubahan.

“Jadi,  kita akan dapat mengambil alih atau menang di kawasan-kawasan tersebut dan seterusnya menubuhkan kerajaan baharu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada para pemberita ketika diminta mengulas tentang peluang PN and GRS secara keseluruhannya pada PRN kali ini selepas menghadiri Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Kampung Lok Nunuk hari ini.

Hajiji yang bertanding atas tiket PN di DUN Sulaman juga yakin rakyat di kawasan tersebut sudah dapat menilai apa yang berlaku selama dua tahun di bawah pemerintahan Warisan Plus.

“Rakyat menganggap bahawa kerajaan Warisan gagal melaksanakan tugas mereka kepada rakyat sehingga ekonomi begitu jatuh jauh merundum dan pentadbiran kerajaan negeri pun nampak tidak menentu.

“Ini telah menjadi penilaian rakyat. Jadi saya yakin dalam PRN kali ini mereka akan ubah balik kerajaan. Ini keyakinan saya bersama dengan GRS. Insya Allah, kita akan menang dalam PRN ini,” katanya yang juga Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah.

Warisan Plus kali ini bertanding di 46 kerusi DUN, 12 daripadanya daripada, tujuh daripada PKR dan satu daripada Parti Amanah Negara.-MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Ya allah mohon warisan menang majoriti
    Sabahan tabir sabah..insyallah amin

    Hapuskan lenyapkan
    Umno pas bersatu

    Amin ya allah

Comments are closed.