Gundogan diuji positif Covid-19

LONDON – Pakar perancangan tengah Manchester City, Ilkay Gundogan diuji positif Covid-19 hari ini.

Pemain berusia 29 tahun itu kini diletakkan dalam kuarantin kendiri dan dipantau rapi selama 10 hari oleh pasukan perubatan United Kingdom.

Pengurusan Liga Perdana Inggeris (EPL) mengesahkan maklumat itu.

Rentetan itu, bintang Jerman itu akan terlepas aksi pembukaan kempen Man City berdepan Wolverhampton awal pagi nanti.

Manchester City dalam satu kenyataan rasmi menyatakan semua individu termasuk kakitangan kelab mendoakan untuk pemain itu supaya kembali pulih sediakala dengan segera.

Sebelum itu, rakan sepasukannya Riyad Mahrez dan Aymeric Laporte diuji positif Covid-19 tetapi kembali berlatih selepas menjalani proses kuarantin kendiri.

Skuad Pep Guardiola juga akan beraksi menentang Bournemouth dalam Piala Carabao pada Khamis ini dan aksi EPL bertemu Leicester City Ahad ini.-MalaysiaGazette