Messi menghanar mesej perpisahan kepada Vidal yang meninggalkan Nou Camp dan berhijrah ke Inter Milan

MADRID – Lionel Messi menghantar mesej perpisahan kepada Arturo Vidal ekoran penghijrahannya ke Inter Milan.

Pemain Chile itu menghabiskan dua musim bersama Barcelona dan membantu kelab itu menjulang kejuaraan La Liga di Nou Camp.

Namun hirarki Barcelona telah membuat keputusan menjual pemain itu bersama beberapa pemain bintang yang lain.

Ia rentetan aksi buruk pasukan the Catalans yang kalah teruk kepada Bayern Munich 8-2 pada aksi Liga Juara-Juara Eropah Ogos lalu.

Vidal tiba di Milan pada Ahad dan dan melengkapkan perpindahan bernilai 900,000 pound ke skuad kendalian Antonio Conte pada Isnin.

Namun Messi berpendapat ketiadaan Vidal akan dirasai di Barcelona.-MalaysiaGazette