BANGKOK- Satu tarikh akhir telah ditetapkan bagi pelanggan bon individu untuk mendapatkan semula wang mereka daripada syarikat penerbangan Thai Airways International (THAI) dengan permohonan bayaran semula hutang melalui bon korporat dilaksanakan pada Rabu.

Permohonan yang dibuat oleh individu persendirian telah diterima pada Rabu di pejabat Suruhanjaya Bursa dan Sekuriti (SEC) di Bangkok.

Tarikh akhir untuk membuat permohonan adalah pada 2 November ini.

Setiausaha Agung SEC, Ruenvadee Suwanmongkol berkata, sejumlah 2,140 pelanggan individu memegang bon korporat THAI bernilai 7.5 bilion baht atau 10.5 peratus daripada keseluruhan jumlah bernilai 71.6 bilion baht.

Pelanggan individu boleh menghantar permohonan bagi mendapatkan semula pembayaran di ibu pejabat THAI atau memfailkannya melalui laman web Jabatan Pelaksana Undang-Undang.

Pengarah Jabatan Penyusunan Semula Perniagaan, Pattaraporn Vejrungsri berkata, LED telah membuka permohonan dalam talian pada 14 September lalu, sehari selepas Mahkamah Bankrap Pusat bersetuju untuk melihat kes hutang THAI.- MalaysiaGazette