KUALA LUMPUR – Selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga, pelakon Jehan Miskin bakal bergelar bapa apabila isterinya, Julie Camelia Rhee hamil anak pertama mereka.
Berita itu dikongsikan Julie di laman sosial bersama foto imbasan ultra bunyi kandungan
Bagaimanapun, usia kandungan Julie yang merupakan warganegara Korea tidak didedahkan.
Julie mengakui dia teruja dan tidak pernah membayangkan perkara itu.
“Sesuatu yang tidak pernah saya bayangkan datang dalam dunia kecil kami, yang akan buat segalanya-galanya berubah. Kami akan bergelar ibu bapa!
“Saya dapat bayangkan yang perjalanan ini akan menjadi sesuatu hal yang mengujakan,” katanya menerusi satu posting di Instagram miliknya.
Jehan mendirikan rumah tangga dengan Julie pada Mei 2013. – MalaysiaGazette