Datuk Hajiji Noor

KOTA KINABALU – Ketua Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Hajiji Noor berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sulaman yang disandangnya sebelum ini dengan memperolehi 5,919 undi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah itu berjaya mengalahkan seterunya daripada Parti Cinta Sabah (PCS), Rekan Hussien dan Parti calon Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Aliasgar Basri dengan majoriti 3,099 undi.

Dalam pada itu SPR turut mengesahkan kemenangan Perikatan Nasional (PN) di Labuk dan Apas.

Warisan pula setakat ini menang di Kunak, Sulabayan Sri Tanjong.

Barisan Nasional (BN) secara rasmi setakat ini memenangj Tanjung Batu. – MalaysiaGazette