Mohamaddin Ketapi

KOTA KINABALU – Meskipun mencetuskan kontroversi pada saat-saat akhir berkempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Datuk Mohamaddin Ketapi menang di kerusi DUN Segama.

Beliau berjaya mengalahkan tujuh pesaingnya di kerusi DUN baharu itu.

Tujuh parti yang bertanding menentang Mohammaddin adalah Perikatan Nasional (Aljen Johnny), USNO (Jikamisah Abdul Salam), PPRS (Sahidin Rahabah), PGRS (Basri Abd Gapar), PCS (Kamarudin Mohamad Chinki), LDP (Nicholas Voo Vune Kett), dan seorang calon Bebas iaitu Kamis Burhan.

Untuk rekod, Mohamaddin mencetuskan perdebatan pelbagai pihak khususnya seterunya dalam politik, apabila ketika berkempen menyifatkan insiden berdarah di Lahad Datu pada 2013 sebagai sandiwara politik.

Kenyataan beliau itu bagaimanapun disifatkan oleh Presiden Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal sebagai telah disalah erti oleh pelbagai pihak. -MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.