Mohd Shafie Apdal .

SEMPORNA – Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) mengekalkan kerusi yang disandangnya, iaitu Dewan Undangan Negeri (DUN) Senallang.

Datuk Seri Mohd Shafie Apdal memperoleh 6,363 undi jauh di hadapan pencabarnya, Norazman Utoh Nain, yang mendapat 1,732 undi.

Ahli Parlimen Semporna itu mencatat majoriti 4,631 undi.

Calon lain, Madjalis Lais (PCS) mendapat 52 undi, Mohammad Ramzan Abdul Wahab (USNO) pula mendapat 61 undi dan Ahmad Datu Ali Alam (Parti Perpaduan Rakyat Sabah) mendapat 39 undi.

Bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sulabayan, Datuk Jaujan Sambakong kekal di kerusi itu apabila meraih majoriti 3,245 undi.

Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah itu mendapat 5,747 undi.

Manakala di DUN Bugaya, calon Warisan, Datin Manis Buka Mohd Darah juga kekal di kerusi itu.

Manis Buka menerima majoriti 6,005 undi.

Ketua Wanita Warisan itu mendapat 8,557 undi mengatasi calon Perikatan Nasional (PN), Mohd Daud Tampokong yang hanya menerima 2,552 undi.

Calon lain Jihek Bin Basanu (PCS) mendapat 115 undi, Ahmad Kenajaan (USNO) 99 undi.

Dua calon bebas iaitu Rasidan Abd Latiff mendapat 92 undi manakala Abdul Jan Muammil @ Abdul Jim, 31 undi dan calon Parti Perpaduan Rakyat Sabah (PPRS), Taraji Jamdi dengan 49 undi.

Untuk rekod, ketiga-tiga kerusi ini adalah kubu kuat bagi Warisan. – MalaysiaGazette