Namun telatah seorang pengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tansau dekat Kota Kinabalu, Sabah mencuri perhatian ramai.- Gambar FB.

KOTA KINABALU – Pelbagai gelagat dan telatah para pengundi dapat dilihat sepanjang proses pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah hari ini.

Ada memakai pakaian kebangsaan keturunan masing-masing dan ada berfesyen sakan.

Namun telatah seorang pengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tansau dekat Kota Kinabalu, Sabah mencuri perhatian ramai.

Pengundi itu memakai kostum adiwira Power Rangers berwarna putih dilengkapi pedang mainan.

Pengundi itu juga memakai pelitup muka di dalam kostumnya sebagai salah satu SOP.

Ia dilaporkan dalam hantaran di Facebook Jabatan Penerangan Sabah selain tular di media sosial hari ini.

Walaupun hadir dalam waktu berbaki dua jam terakhir sebelum pusat pengundian ditutup pada 5 petang namun Power Ranger tetap menunaikan tanggungjawabnya.- MalaysiaGazette