Victoria yang menjadi pusat penularan wabak Covid-19 di Australia akan melonggarkan perintah kawalan kerana jangkitan virus tersebut semakin menurun kepada kurang 20 kes baharu sehari, kata Ketua Negerinya, Daniel Andrews hari ini.- Gambar hiasan.

SYDNEY (Reuters) – Victoria yang menjadi pusat penularan wabak Covid-19 di Australia akan melonggarkan perintah kawalan kerana jangkitan virus tersebut semakin menurun kepada kurang 20 kes baharu sehari, kata Ketua Negerinya, Daniel Andrews hari ini.

Negeri kedua yang paling ramai penduduk itu mencatatkan 16 kes Covid-19 dalam tempoh 24 jam.

Ia pernah merekodkan lebih 700 kes sehari pada Ogos sehingga menyebabkan kerajaan terpaksa mengenakan perintah kawalan paling ketat termasuk larangan keluar malam bagi membendung penularan wabak Covid-19.

“Kita berjaya mengekang wabak lebih awal daripada yang dijangkakan tetapi ini tidak bermakna ianya telah berakhir,” katanya kepada pemberita di Melbourne.

Dengan kelonggaran tersebut, negeri Victoria berkata, seramai 127,000 pekerja boleh kembali menyambung tugas pada Isnin ini, peningkatan berbanding jumlah asal yang diumumkan awal bulan ini iaitu 30,000 orang.- MalaysiaGazette