Datuk Abdul Ghani Salleh. foto FAREEZ FADZIL, 28 OGOS 2020.

KOTA KINABALU – Pencapaian peratusan keluar mengundi dianggap sebagai memuaskan dalam keadaan berlaku penularan Covid-19 di negeri Sabah.


KOTA KINABALU – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berpuas hati dengan peratusan keluar mengundi ketika penularan Covid-19 ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) berlangsung.

Pengerusinya, Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, meskipun tidak mencapai sasaran yang telah ditetapkan namun pencapaiannya  seiring dengan perkembangan semasa.

“Kalau kita lihat peratusan ini 66.1 peratus pencapaian yang baik dalam keadaan wabak berlaku di zon merah, cuma kita di peringkat awal Covid-19 tidak menular begitu cepat, pasal itu kita sasar 75 peratus kemudian kita turunkan kepada 70 peratus,” katanya.

Beliau menyatakan demikian pada sidang media pengumuman keoutusan PRB Sabah ke-16.

Sementara itu, Abdul Ghani berkata, pihaknya tidak menghadapi kekangan dalam penjumlahan undi pada pilihan raya itu.

“Secara keseluruhan proses kira berjalan lancar, cuma ada sedikit kelambatan data-data yang dihantar ke pusat kita kadang-kadang kerana satu saluran lambat maka Dewan Undangan Negeri (DUN) berkenaan tidak selesai lagi.

“Sistem kita down sekejap 25 minit, alhamdulillah boleh recover cepat,” tambahnya. – MalaysiaGazette