Tan Sri Mohamed Apandi Ali Attorney-General termination Mahathir Mohamad government suit
Tan Sri Mohamed Apandi Ali

KUALA LUMPUR – Bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali kini dalam proses memulakan tindakan undang-undang ke atas Jabatan Peguam Negara kerana mendakwa diberhentikan secara tidak sah dari jawatan itu oleh pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Beliau yang diarah bercuti tanpa rekod oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri ketika itu telah menghantar surat tuntutan kepada Jabatan Peguam Negara semalam.

Bekas Bendahari UMNO itu memberi tempoh tujuh hari kepada Jabatan Peguam Negara untuk memberi maklum balas berhubung tuntutannya.

“Jika tidak, saya akan teruskan prosiding undang-undang,” katanya memetik laporan The Edge Markets hari ini.

Mohamed Apandi mendakwa, pemberhentiannya dua tahun lalu, iaitu pada 27 Julai 2018 adalah melanggar undang-undang, maka ia batal dan tidak sah.

Surat tuntutan itu dihantar oleh firma guaman Shukor Baljit and Partners dan dikatakan telah sampai kepada Jabatan Peguam Negara pada hari yang sama, semalam.

Dalam surat itu, Mohamed Apandi mendakwa, beliau dilantik secara sah sebagai Peguam Negara dengan persetujuan Yang di-Pertuan Agong pada 27 Julai 2015, untuk tempoh hingga 26 Julai 2018.

“Namun, pada 6 April 2018, Ketua Setiausaha Negara ketika itu, Tan Sri Ali Hamsa memberitahunya, bahawa YDPA bersetuju untuk melanjutkan pelantikannya mulai 27 Julai 2018 dan beliau telah menerima sambungan perkhidmatannya melalui surat bertarikh 7 Mei 2018,” kata laporan itu.

Dalam surat itu, Apandi mendakwa pemecatannya diatur oleh Dr. Mahathir dan menyofatkan bekas perdana menteri itu telah menyalahgunakan kuasanya. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Haa..pandi dobi..yang kau naik tu sampai Patail turun..sah ke.. atau hanya bila kau dipecat ianya jadi tak sah.. tak orang lain? Where is the rule of law? The Judge should also take his hypocrisy to reject his claim

Comments are closed.