Gambar hiasan

TOKYO – Harga minyak susut hampir 1% dalam dagangan hari ini, meneruskan kerugian hari kedua selepas kenaikan pengeluaran minyak mentah berlaku semasa pandemik Covid-19 semakin buruk.

Kenaikan kes koronavirus memberi ancaman lebih banyak sekatan pergerakan dan penggunaan minyak, sekali gus menjejaskan permintaan ke atas bahan bakar itu.

Harga minyak mentah susut sebanyak AS$0.36 atau 0.9% kepada AS$40.57 setong selepas jatuh lebih 3% pada hari Khamis.

Minyak Amerika Syarikat juga jatuh sebanyak AS$0.36 kepada AS$38.36 setelah menyusut hampir 4% pada sesi sebelumnya.

”Fundamental minyak tidak mengalakkan…ketika bekalan meningkat, prospek permintaan pula suram,” menurut nota penyelidikan ANZ Research.

Peningkatan bekalan minyak mentah dari Organisasi Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) membebankan pasaran ketika pengeluaran September meningkat 160,000 tong sehari berbanding bulan sebelumnya, berdasarkan tinjauan Reuters .

Peningkatan ini disebabkan lebih banyak bekalan dari Libya dan Iran, anggota OPEC yang dikecualikan dari padaperjanjian untuk menahan pengeluaran antara OPEC dan sekutu yang diketuai oleh Rusia – sebuah kumpulan yang dikenali sebagai OPEC +.

Pengeluaran Libya meningkat lebih cepat daripada yang dijangkakan oleh penganalisis dengan kelonggaran sekatan oleh Tentera Nasional Libya, yang berusaha menguasai ibu kota dan berpusat di bahagian timur negara itu, kawasan yang banyak kemudahan minyak. – MalaysiaGazette