aksi memberangsangkan penjaga gol Arsenal Bernd Leno menfikan sepakan penalti pemain liverpool Harry Wilson sebelum melangkah ke suku akhir Carabao malam tadi

LONDON – The Gunners berjaya memusnahkan ego Liverpool selepas memalukan juara bertahan Liga Perdana Inggeris itu dalam aksi Piala Carabao EFL malam tadi.

Arsenal berjaya menebus kekecewaan kalah 3-1 empat hari lalu dengan membalas dendam pasukan Jurgen Klopp yang angkuh tidak kalah di gelanggang sendiri selama tiga musim di Anfield.

Skuad kendalian Mikel Arteta berjaya menang 5-4 menerusi sepakan penalti untuk melangkah ke suku akhir kempen kaili ini selepas keputusan terikat seri tanpa jaringan.

Dalam suku akhir nanti Arsenal akan bertemu skuad Pep Guardiola untuk membuat perhitungan ke separuh akhir.

“Perjalanan kami masih jauh tetapi banyak benda baru dipelajari dan kami dalam hala tuju terbaik,” kata Arteta.

Menurutnya dia mahu memastikan setiap perlawanan yang dihadapi pasukannya dianggap peluang untuk menjulang piala.

Aksi suku akhir dijangkakan berlangsung pada 21 Disember ini.

Arsenal sangat tersusun dari segi bek pertahanan telah menyukarkan Liverpool terus buntu dalam mencari gol.

Aksi cemerlang penjaga gol Arsenal menepis percubaan tepat Jota dan van Dijk menyelamatkan Arsenal sekaligus mengecewakan Liverpool yang beraksi di halaman sendiri. – MalaysiaGazette