Polis menahan 68 individu kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan di Bangsar, Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR – Polis menahan 68 orang, termasuk 18 perempuan, kerana mengingkar Prosedur Operasi Standard (SOP) Printah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) Covid-19 dalam senbuan ke atas sebuah bar bar restoran di Bangsar, di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Zairulnizam Mohd Zainuddin@Hilmi berkata siasatan lanjut mendapati wakapupun premis itu mempunyai lesen perniagaan yang sah manun ia gagal mematuhi syarat-syarat PKPP.

“Para pemilik premis perniagaan pub atau bar diingatkan supaya mengikuti SOP PKPP yang dikuatkuasakan kerajaan dan tindakan kompaun akan menyusul terhadap mana-mana pihak yang mengingkar peraturan itu,” katanya sambil menambah mereka yang ditahan berumur antara 18 hingga 50 tahun.

Katanya, tiga lelaki warga tempatan yang mana salah seorangnya dipercayai pengurus premis dan dua lagi individu merupakan pekerja premis itu turut ditahan.

Operasi yang dilakukan oleh pasukan polis Cawangan Perjudian dan Maksiat (D7) Bahagian Siasatan Jenayah Brickfields pada pukul 10.24 malam turut mengeluarkan kompaun RM1,000 setiap seorang di bawah Peraturan 11 Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit (Langkah-Langkah di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan )(No.11) 2020. – MalaysiaGazette