KUALA LUMPUR – Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan terima kasih kepada netizen yang memberi pandangan mengenai perkembangan pandemik Covid-19 menerusi akaun Facebook, Twitter dan Instagram beliau dengan nama Pak Long.
Menteri Kanan Kluster (Keselamatan) itu berkata, beliau membaca semua komen dan ulasan di laman sosial dan mengambil kira pendapat netizen semua di sudut pandang yang positif dalam melaksanakan yang terbaik untuk rakyat Malaysia.
Dengan membahasakan dirinya sebagai Pak Long, katanya, beliau sedar sejak akhir-akhir ini terdapat peningkatan jangkitan Covid-19 yang tinggi melibatkan penyebaran utama dari Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI).
“Mereka adalah dari Kluster Benteng di Sabah dan turut melibatkan tahanan penjara iaitu Kluster Tembok di Kedah sebagaimana diumumkan Ketua Pengarah Kesihatan (Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah.
“Ya, Pak Long tahu rakyat gelisah, sedih dan marah.
“Namun, ketahuilah Pak Long sedang melakukan sedaya upaya Pak Long untuk memastikan setiap rakyat berada dalam keadaan selamat,” tulis beliau menerusi tiga laman sosial miliknya, semalam.
Menurut Ismail Sabri, dalam mesyuarat bersama Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, kerajaan telah membuat keputusan untuk terus memperketatkan sempadan terutama Pantai Timur Sabah.
Ini katanya, bagi memastikan PATI tidak mudah lolos untuk mengelakkan jangkitan kepada rakyat negara ini.
“Kawalan, aset dan anggota keselamatan ditambah untuk memastikan keselamatan semua rakyat Malaysia.
“Prosedur operasi standard (SOP) rentas daerah di Sabah juga dikeluarkan bagi memastikan penularan jangkitan Covid-19 dapat dikawal sebaiknya.
“Task Force Operasi Pematuhan terus berjalan hingga hari ini, begitu juga dengan Operasi Sanitasi Awam untuk proses sanitasi lokasi yang terlibat dalam penularan wabak Covid-19 di seluruh negara,” katanya.
Menurutnya, beliau meminta rakyat agar teruskan kawalan kendiri dengan menjaga penjarakan sosial, pakai pelitup muka dan juga kerap mencuci tangan untuk melawan virus Covid-19.
“Musuh kita, Covid-19 ini tidak akan hilang selagi vaksin tidak ditemui dan kita hampir berjaya melandaikan lengkungan sebelum ini, tiada sebab untuk kita berputus asa hari ini,” katanya. – MalaysiaGazette

















Tak boLeh ke tangkap dan terus hantar mrk balik.
Buat apa nak tahan, bawa ke lokap.
Nak kena buat check up lg, Bg mkn lagi..pastU nak kena jaga n rawat..
Bukan la sy ni takde perikemanusiaan tp pati2 ni membawa masalah.
Dimana mrk ditangkap make disitu juga hantar mrk balik..jika tekong dah lari, panggil polis/kerajaan mrk dtg ambil..
Buat apa kita nak tanggung N biarkqn rakyat kita terdedah pd covid. Kerajaan mrk tak peduli pun nak jaga atau halang penyeludup/Pati ni keluar.