Tottenham berjaya mengalahkan Manchester United 6-1 awal pagi tadi.-pix agensi.

LONDON – Nampaknya perlawanan awal pagi tadi bukan malam yang indah kepada dua keba ternama , Liverpool dan Manchester United apabila masing-masing tewas dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

Tottenham berjaya mengalahkan Manchester United 6-1 manakala Aston Villa berjaya membenamkan Liverpool dengan 7-2.

Manchester United tampak garang dengan menguasai bola pada dua minit pertama perlawanan di mana mereka mendahului perlawanan seawal minit ke-2 menerusi sepakan penalti Bruno Fernandes.

Kemudian, kebangkitan Spurs muncul secara tiba-tiba dengan menyumbat empat gol sekaligus pada babak pertama dan layangan kad merah buat Anthony Martial menambah beban lagi buat juara 13 kali Premier League itu.

Lebih menyakitkan apabila pasukan kelolaan Jose Mourinho mencipta dua lagi gol pada babak kedua untuk menambahkan penderitaan kelab Manchester tersebut.

Sementara itu, menurut laporan agensi, penyerang muda Manchester United, Marcus Rashford mengetuai seluruh pemain Red Devils untuk memohon maaf kepada penyokong setia mereka selepas kekalahan yang begitu memilukan di tangan Tottenham Hotspur.

Liverpool pula dimalukan kerana kalah 2-7 di tangan Aston Villa.- MalaysiaGazette