LONDON – Arsenal berjaya mendapatkan pemain tengah defensif yang menjadi sasaran utama mereka dalam perpindahan kali ini iaitu Thomas Partey.

Rundingan untuk mendapatkan pemain tersebut sebenarnya sudah lama berlaku namun direalisasikan beberapa jam sebelum tamat tempoh perpindahan antarabangsa pagi tadi.

Sebelum ini keadaan menjadi rumit kerana Atletico tidak mahu menjual pemain itu pada sebarang harga.

Arsenal telah melakukan rundingan berunding Atletico menyatakan hanya dengan klausa pelepasan sahaja mereka terpaksa melepaskan pemain itu.

Bagaimanapun, Arsenal mengaktifkan klausa pelepasan yang ada pada kontrak Partey sekitar €50 juta. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast